NADMA TERIMA RM260 JUTA, BANTUAN BAIK PULIH RUMAH BERGANDA KEPADA RM10,000

BERITANASIONAL

10/18/2026

"Peningkatan bantuan pembaikan rumah kepada RM10,000 ini diharap benar-benar dapat meringankan beban keluarga yang menjadi mangsa kebakaran serta bencana lain. Banyak lagi sumbangan susulan daripada NADMA dan agensi berkaitan akan disalurkan dan diuruskan oleh kerajaan negeri kelak," jelasnya.

Mengambil kira faktor cuaca panas dan jerebu pada masa ini, Mustapha turut menitipkan pesanan tegas agar masyarakat lebih cakna terhadap aspek keselamatan kediaman. Beliau mengingatkan orang ramai supaya memantau rapi kawasan dapur dan penggunaan perkakasan elektrik bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengundang tragedi.

Turut mengiringi beliau dalam sesi lawatan dan penyerahan sumbangan tersebut ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein. dan Albany (KC Kalabakan)

TAWAU, 18 Oktober — Kerajaan membawa sinar harapan baharu buat mangsa bencana apabila bantuan baik pulih rumah dinaikkan sekali ganda daripada RM5,000 kepada RM10,000, seiring dengan suntikan peruntukan besar berjumlah RM260 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tahun hadapan.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud. menyifatkan peningkatan dana tersebut sebagai manifestasi jelas komitmen kerajaan dalam memperkasakan sistem pengurusan bencana, sekali gus memastikan kelangsungan hidup mangsa yang diuji musibah terus terbela.

Beliau menyatakan demikian semasa menyantuni 69 ketua isi rumah yang hilang tempat berteduh dalam insiden kebakaran di Kampung Batu 2, Jalan Apas pada 16 Februari lalu. Dalam lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau itu, beliau turut menyampaikan sumbangan khas mewakili Perdana Menteri bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga terjejas.,

© 2026 The Ledger. All rights reserved.

Contact